Powered By Blogger

Friday, 27 January 2012


Sinopsis: Drama “TENTANG DHIA” telah berakhir, kini slot AKASIA menampilkan sebuah drama siri yang lebih menyentuh perasaan. Drama terbaru ini berjudul GEMERSIK KALBU. Gemersik Kalbu  menampilkan pelakon hebat seperti Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani, Khatijah Tan. Gemersik Kalbu mula pada 2 Januari 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam di saluran TV3.

Ikuti kisah suka duka Raihana, wanita tabah yang mengharungi dugaan hidup sejak kecil. Dia ditinggalkan dalam jagaan neneknya mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, membenihkan bibit-bibit cinta. Sayang, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula menyahut panggilan ilahi. Raihanabagai terpukul dan hidup dalam kesengsaraan sendirian.

Sehinggalah hadir Sufian. Namun lelaki itu tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya. Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian sepenuh hati? Ikutanlah Kesudahannya dalam Gemersik Kalbu.
Matamu…Bibirmu..Pipimu dan Juga Senyum mu
Membuat Aku Lebur Hanyut Di Dalam Ghairah Kernamu
TubuhMu..
HarumMu..
Hatimu Oh Semua Aku Mahu

*
Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu
Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Asmara Disetiap Pagi HariMu
Dengan Harapan Agar Kau Tahu
Semoga Kau Tahu

Ku GilakanMu
Aura Mu Memujuk Rayu Hatiku
Sering Bergoncang Jiwa Ini
Siang Malam Ku Gundah
Tiada Melihat WajahMu
Ku Rindu
TubuhMu
Harum Mu
Hati Mu

No comments:

Post a Comment